Alhamdulillah, segala puji hanya layak bagi Allah SWT, yang berkuasa mengatur setiap sudut kehidupan manusia dan seluruh makhluk ciptaanNYA. Selawat dan salam kita hulurkan kepada pemimpin ummah, Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Marilah sama-sama kita fahami apa yang yang ditulis oleh Dr. Majdi Al-Hilali berkenaan "HAMBA RABBANI".
Siapa di antara kita yang tidak ingin menjadi individu yang dicintai Allah SWT? Individu yang bersegera ke masjid dan menunggu waktu solat berikutnya setelah menunaikan solat sebelumnya. Individu yang bangun tengah malam untuk bermunajat dan menumpahkan air mata. Individu yang yang bersedekah dengan tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri(ikhlas). Individu yang khusyuk dalam solatnya dan menghadap Tuhan dengan sepenuh hati. Individu yang banyak bersoa dan berzikir. Individu yang yang tidak pernah bercita-cita terhadap dunia melainkan senang terhadap akhirat. Individu yang redha dengan Qada` dan Qadar Allah. Individu tang bergegas melakukan kebaikan, selalu membantu yang memerlukan dan berusaha membela yang teraniaya. Individu yang menyambung silaturrahim dengan yang memutuskannya, memberi kepada yang tidak mahu memberi dan memaafkan yang menzalimi.
Ya, kita semua menginginkannya. akan tetapi, sulit bagi kita merealisasikannya. Ketika memulakan solat, suasana dunia muncul di benak kita. Ketika mula membaca Al-Quran, hati kita lari menuju lembah-lembah kehidupan. Kita sentiasa terbawa-bawa kemudian sedar dan sedih dengan keadaan kita. Tetapi, kita kembali kepada keadaan asal, jauh dari individu yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT. Kita berusaha menganalisis penyakit kita, tetapi kita tidak mampu menelan penawarnya.
Apakah penyebab semua ini? Bukankah dalam hati kita ada IMAN? Lalu mengapa iman itu tidak mampu mendorong kita untuk melakukan amal soleh? Mengapa selama berabad-abad, perbuatan para sahabat Rasulullah sesuai dengan ucapan meraka sedangkan kita hanya berbicara, angan-angan dan mimpi, tapi tidak mampu melaksanakannya.
Hal ini tentunya kerana ada mata rantai yang terputus antara akal dan hati kita. Akal yang mempunyai fungsi membaca, mendengar dan merasa yakin, serta memberi isyarat kepada hati. Sementara hati yang dipengaruhi isyarat akal, seringkali tidak mampu memerintah anggota tubuh untuk menunaikannya. Tahukah anda mengapa? Kerana ia tertawan oleh hawa nafsu dan cinta dunia, serta terikat di bumi dan dikekang oleh syahwatnya.
...........................................................................................
Pendekatan yang menarik dan menyentuh jiwa-jiwa yang berhajat kepada kebahagiaan hidup di akhirat. Apa yang kita perlu faham disini, keimanan yang lemah tidak mampu mendorong diri kita untuk melaksanakan kerja kita sebagai hamba Allah. Ibaratnya, seorang hamba yang tidak bertenaga dan tiada kepercayaan terhadap tuannya, sudah tentu tidak mampu melaksanakan arahan tuannya. Kekuatan Iman perlu dibina supaya ia mampu menjadi pendorong kepada diri kita untuk menjadi Hamba yang Rabbani.
1 comments:
salam Ramadhan
selamat menjadi vvvip festival ibadah
ramadhan Kareem
Post a Comment